Biografi Al-Hafidz
Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari
Beliau adalah seorang yang alim,
al-’Allamah al-Muhaddits, pakar dalam ilmu fiqih, dan kuat berhujah menentang
golongan-golongan yang tergelincir dari landasan Ahlussunnah Wal Jamaah,
seorang yang zuhud dan bertaqwa, Beliau adalah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf
bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar, berketurunan asy-Syaibi dan
al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar sebelum berumur 18 tahun.
Kelahiran Beliau
Beliau terlahir di Harar pada tahun
1910 bersamaan 1328 Hijrah (beliau lahir lebih awal dari pada tahun yang
tercatat, yang tercatat hanyalah yang tertera pada pendaftaran lama).
Beliau telah dibesarkan di rumah
yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al-Quran
ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakannya kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtashar ash-Shaghir dalam ilmu
fiqih yang mana kitab tersebut amat mashyur di daerahnya.
Beliau juga telah menghafal berbagai
matan ilmu agama, kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadits telah membuat
beliau menghafal kitab-kitab hadits yang enam [سنن ستة] berikut dengan
sanad-sanadnya, sehingga beliau telah diijazahkan meriwayat hadits-hadits nabi
ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.
Guru-Guru Beliau
Karena masih merasa belum cukup
dengan ulama di negaranya maka beliaupun merantau ke Habsyah dan Somalia untuk
menuntut ilmu dan mendengarnya dari ulama setempat, dengan usaha yang keras
Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan ketika dia
mendengar ada orang alim di’suatu tempat maka dia segera pergi kepadanya
seperti yang dilakukan ulama salafussolih yang terdahulu.
Kehebatan, ketajaman fikiran dan
kekuatan hafalannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fiqih Syafii
dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam madzhab beliau juga sangat alim dalam
madzhab Maliki, Hanafi dan Hanbali sehingga beliau menjadi tempat rujukan,
beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di Harar dan sekitarnya.
Beliau telah mempelajari ilmu fiqih
Syafii dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain seperti
Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma’ asy-Syirazi dan
banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar
Jamei’ al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish
al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabruty.
Untuk ilmu bahasa arab beliau telah
belajar pada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basir, Syeikh Ahmad bin Muhammad
al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Sedangkan tiga madzhab fiqih yang lain dan
usulnya beliau belajar dari Syeikh Muhammad al-Araby al-Fasy dan Syeikh Abdur
Rahman al-Habasyi.
Beliau juga belajar ilmu tafsir dari
Syeikh Syarif al-Habasyi di tempat tinggalnya di Jimmah.
Beliau mempelajari ilmu hadits dari
asy-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabruty Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul
Rahman bin Abdillah al-Habasyi.
Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14
dari dan ilmu Hadits dari gurunya yang alim Syeikh al-Muhaddits Ahmad Abdul
al-Muttalib al-Jabaruty al-Habasyi , beliau adalah ketua guru ahli ilmu Qiraat
di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, Syeikh
al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair Atony ilmu qiraat yang tujuh.
Ketika beliau berada di Mekah beliau
bersahabat dengan ulama-ulama Mekah diantaranya ialah Syeikh al-Alim al-Muhaddits
as-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kitbi, Syeikh al-Muhaddits Muhammad
Yasin al-Padani, Syeikh Muhammad al-Araby at-Tabban, beliau juga pernah
mengambil ijazah amalan dzikir Tariqat an-Naqsyabandiah dari Syeikh Abdul
Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.
Kemudian beliau pergi ke Madinah
al-Munawwarah belajar ilmu-ilmu hadits dan membaca hadits-hadits nabi dari
Syeikh al-Muhaddits Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi dan
syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadits kepada beliau.
Di sana juga beliau sempat ke
Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana,
dan dikatakan beliau telah menghafal hampir kesemua kitab di dalam
maktabah-maktabah tersebut.
Di Madinah juga beliau bertemu
dengan seorang ulama hadits Syeikh al-Muhaddits Ibrahim al-Khattani anak murid seorang
ulama yang masyhur Syeikh al-Muhaddits Abdul Qadir Syalbi.
Setelah itu beliau menuju ke Baitul
Maqdis dan seterusnya ke Syam yang terkenal dengan seorang ulama yang sangat
alim al-Muhaddits Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal
dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary.
Di sana Syeikh Abdullah al-Harary
menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke Dimasyq,
Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan yang lain di bumi Syam, kemudian dia menetap di
Jami’ al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimasyq dan
menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya
berManhaj AhlusSunnah Wal Jamaah
Para masyaikh, alim ulama Syam
merujuk kepada Syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka
mengatakan bahwa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti al-Muhaddits Syeikh
Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelari “Al-Muhaddits Ad-Diyar Asy-Syamiyyah”.
Syeikh Abdullah telah menerima
ijazah thariqat Rifa’iyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al-Hamawy dan
dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau menerima ijazah thariqat Qadiriyah
dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi.
Pada tahun 1950 bersamaan dengan
1370 beliau ke Beirut dan disambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh
Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector
al-Azhar di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.
Kepribadian Beliau
Syeikh Abdullah adalah seorang yang
zuhud. seorang yang wara’, tawadhu’, kuat mengerjakan ibadah, banyak berdzikir,
senantiasa menyampaikan ilmu agama. Kuat berpegang dengan al-Quran dan Sunnah,
mempunyai ingatan dan kecerdasan akal yang kuat dengan hujah dan dalil yang
teguh, sangat adil dalam munghukumi sesuatu, senantiasa memerangi terhadap siapa
saja yang melanggar syara’, mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam
amal ma’ruf nahi munkar sehingga golongan bid’ah menfitnahnya, tetapi Allah
memberkati amalannya dan memelihara manhaj AhlusSunnah hingga telah lahir
beribu-ribu anak muridnya bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropa,
Afrika, Australia dan juga Asia.
Karya-karya
Beliau
1. Syarah Alfiah As-Suyuthi
2. Qoshidah Fil I’tiqodi
3. Ash-Shirothul Mustaqiim
4. Ad-Dalilul Qawim ‘Ala Ash-Shirothil Mustaqiim
5. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala
Mazhabi Asy-Syafii
6. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala
Mazhabi Al-Imam Malik
7. Mukhtashar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala
Mazhabi Abi Hanifah
8. Bughyah Ath-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib
9. At-Ta’aqqub Al-Hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadis
10. Nashratul Ta’aqqubil Hatsits ‘Ala Man Tho’ana Fima Shohha Minal Hadis
11. Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah
12. Syarah Aqidah An-Nasafiyyah
13. Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy-Syafii
14. Syarah Matan Abi Syuja’ Fi Fiqhi Asy Syafii
15. Syarah Ash-Shirothil Mustaqiim
16. Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah
17. Syarah Mutammimah Al-Aajurumiyah fin Nahw
18. Syarah Al-Baiquniyyah
19. Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man
Khalafal Quran
20. Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyah
21. Kitab Ad-Durrin Nadhidi Fi Ahkamit Tajwid
22. Idzhar Al-’Aqidah As-Sunniyyah bi Syarh al-’Aqidah Ath- Thohawiyah
23. At-Tahzir al-Wajib
24. Mandzumah “Nashihat At-Thullab”
25. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil
An-Nurul Muhammady
26. Risalah Fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi
Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah
27. Ad-Durarul Bahiyyah Fi Halli Alfadz
Al-’Aqidah Ath-Thahawiyah
28. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah
29. Syarah Mandzumah Ash-Shibyan fil ‘Arudh
30. Syarah Ash-Shifat Ats-Tsalats ‘Asyarat Al-Wajib Lillah
31. Al’Aqidah Al-Munjiyyah
32. Syarah At-Tanbih
33. Syarah Manhaj Ath-Thullab
34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Li Syeikh
Abdillah Ba’alawi
Kewafatan
Beliau
Beliau kembali ke Rahmatullah pada
fajar hari selasa 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 M di
rumahnya di Beirut pada usia 105 tahun, disolatkan oleh jutaan umat Islam di
Masjid Burj Abi Haidar Beirut dan dimakamkan di dekat Masjid Burj Abi Haidar
Beirut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar